Pejabat
Pendidikan Daerah Marang adalah merupakan unit pentadbiran pendidikan di
peringkat daerah yang diketuai oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah Gred DG
52. Pejabat Pendidikan Daerah ditubuhkan sebagai agen desentralisasi jabatan
dan merupakan satu strategi untuk mencapai matlamat kualitif dan kuantitatif
dalam pendidikan di peringkat daerah. Antara fungsi Pejabat Pendidikan Daerah
ialah:
· Pengurusan
kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah.
· Pemantauan
pelaksanaan dan pentafsiran dasar pendidikan serta peraturan-peraturan
berkaiatan dan membantu menyelesaikan masalah yang timbul dari pelaksanaan dan
pentafsiran tersebut.
· .Pengurusan
personal di peringkat daerah.
· Mengatur
kedudukan staf.
· Merancang,
mengelola, memantau dan menilai semua program atau aktiviti pendidikan di
peringkat daerah.
Pejabat
Pendidikan Daerah Marang merupakan Pejabat Pendidikan Daerah terakhir bagi
negeri Terengganu yang mana telah diisytiharkan penubuhannya oleh Bahagian
Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat KP(PP)0051/20
Jld.4/(58) bertarikh 29 Mac 2006 bersamaan 29 Safar 1427 H. Dengan kelulusan
penubuhannya oleh Agensi Pusat mulai 1 Mac 2006 maka dangan secara langsung ia
terpisah dari induknya iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Dungun/Marang.
Bangunan
pentadbirannya menumpang di Sekolah Kebangsaan Marang yang terletak di
tengah-tengah Bandar Marang. Peringkat awal Pejabat Pendidikan Daerah Marang
merupakan sebuah cawangan di bawah pentadbiran PPD Dungun/Marang yang mula
beroperasi pada 15 Februari 1987 yang menumpang di PSPN Terengganu yang
sekarang dikenali Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. PPD
cawangan ini ditadbir urus oleh dua orang pegawai yang dipinjamkan dari
sekolah. Akibat dari perkembangan dan perluasan fungsi PSPN maka berlaku
ketidakcukupan bilik untuk menempatkan pegawai-pegawai di PSPN, maka PPD
cawangan Marang terpaksa berpindah dan menyewa sebuah premis dua tingkat di
kampung Rhu Rendang. Akibat dari kekomplekssitian bidang tugas, Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu telah menempatkan enam pegawai dan empat orang
staf yang dipinjamkan dari beberapa buah sekolah berhampiran untuk bertugas di
PPD cawangan.
Akibat
dari pertambahan pegawai dan kekurangan bilik yang sesuai di premis berkenaan,
maka jabatan telah mengambil keputusan untuk menempatkan PPD cawangan di
bangunan separuh kekal yang baru dibina di Sekolah Kebangsaan Marang.
Dua
buah bangunan baru separuh kekal dibina dan beberapa pengubahsuaian telah
dilakukan bersesuaian dengan pertumbuhan jumlah pegawai. Perkembangan pesat
bidang pelajaran di daerah Marang, telah membawa kepada penubuhan pusat
pentadbirannya tersendiri berpisah daripada induknya bermula pada 1 Mac 2006.
Usaha sedang giat dilakukan bagi membolehkan PPD Marang mendapat bangunannya
yang tersendiri selaras dengan Pejabat Pendidikan Daerah yang lain di negeri
Terengganu.
No comments:
Post a Comment